3 Jan 2009

Boxing Day @ Bicester Village


Date: 26.12.08
Location: Bicester Village & Oxford
Boxing Day. Orang duk hu ha hu ha psl boxing day barang murah lah apa lah, so kitorang pon nak siasat tentang kebenarannya…dalam masa yg sama saja nak tengok suasana orang ramai duk berebut barang kat kedai. Ye lah, nak harapkan aku shopping memang tak laa (take note bahawa ini sebelum sampai sana ye), sbb aku memang tak suka shopping…Kalau gi shopping je mesti tension sebab last2 mesti aku tak beli apa2. Padan muka aku siapa suruh jd cerewet sgt…So off we went to shopping outlet Bicester Village, lebih kurang sejam drive dr sini. Sebelum ni dah 3 buah outlet kitorg pergi kat Portsmouth, Ashford n Cheshire Oaks, tapi aku berjaya beli baju sehelai je kat Ashford. Tension kan shopping dgn aku ni?
Dah sampai Bicester kami menyerang kedai2 yg ada…kali ni aku beli la jugak baju beberapa helai tapi hadiah utk adik2 aku je. Lepas tu kan ntah macamana nasib aku sgt baik kali ni, bila masuk sebuah kedai ni terbeli handbag utk diriku sendiri. 3 biji pulak tu. Wahaha. Sukanya.

Lepas ni, 2 tahun aku tanak shopping apa2.
Mat saleh ni nk tumpang glemer aku jap.
Yg peliknya Bicester Village pd hari tu mcm Malaysia Hall je. Everywhere I go mesti kedengaran org cakap melayu, atau ternampak muka melayu. Hmm memang org Mesia ni suka shopping laa agaknya. Sesak sungguh keadaan hari tu, nak bayar pon kena beratur setengah jam.
Mujo laa 2 jam je kami kat sana, klu tak makin kempis la wallet aku. Aik bukan ke wallet aku mmg dah sedia kempis? Terima kasih kpd org yg pandai2 create the debit card. Kol 12 kami dah nak blah laki aku nk gi solat jumaat plak, masjid terdekat ada kat Oxford je. Lepas setengah jam kami sampai di Oxford. Pas solat jumaat gi jalan2 round2 Oxford…cantek weh bangunan2 dia. Lapar…cari kedai kebab, makan burger n peri-peri chicken…yummieee!!!
And contrary to what he said dlm blog dia, mana ada aku sengih2 sambil try handbag dlm kereta masa tunggu laki aku gi solat. Laki aku tu memang dengki dgn aku la tu….hahaha. Hmm… ada orang tu kan, dah dpt kasut baru je tak pandang dah kasut2 lama dia…uhuk uhuk….siapa ntah…bini dia sampai dah tak tau nk letak mana kasut2 lama dia. Nah aku expose kasut baru dia. Siapa ek? Siapa makan cili dia lah yg rasa pedas….ngehngehngeh…kejam sungguh :P
Back to Top