14 Jan 2009

Sakit telinga


Hajat di hati nk cerita pasal percutian kami di Andalucia, Spain. Aku silap kira la, bukan 5 hari tp 6 hari 5 malam. Maka boleh lah extend cuti qada’ tidur selama 3 hari kan? Aci laa…kan? kan? kan?
Namun begitu, telinga ku amat sakit. Kesakitan dah merebak ke separuh kepala aku belah kiri. Serious sakit GILA. Sekarang duk spray ubat yg doctor bagi kat telinga 3 kali sehari. Dah la bau ubat tu mcm cuka. Tapi sejuk je…best la jugak.
Telinga aku ter’block’ waktu dlm flight pulang dari Spain Isnin lepas, sbb tekanan udara yg berbeza. Biasalah kan kalau naik flight ke, bawak kereta naik bukit kat Genting ke, mana2 lah kat tempat tinggi. Tapi the last time aku mengalami sakit telinga akibat tekanan udara ni waktu budak2 dulu je. Ntah macamana boleh berlaku waktu dah tua hebbe mcm ni.
Anyway, bila telinga aku tak pop2 lagi lepas 4-5 jam, aku pon dgn sangat pandainya bubuh air dlm telinga. Theory mana lah aku pakai, aku pon tak tau. Makin teruk jadinya. Bukan sahaja ada udara dalam telingaku, malah air pon turut ada. Silap2 kalau aku tambah sabun basuh pinggan ke dlm telinga, boleh keluar buih tak dr telinga aku?
Well, to make matters worse, aku pon carik lah idea mcmana nk buang air dr telingaku. Google punya google, ada org suggest letak sedikit alchohol dlm telinga. Aku pon apa lagi, tapi letak setitik je sbb takut pedih. Hmm…tak jadi pa pe pon. So cara lain yg aku pikir cam logic jugak kt, ialah utk serap air td dgn cotton bud. Ambik nak…aku jolok la telinga dgn cotton bud. Keluar darah! Hmm…bijak sungguh theory aku ni ye???!!!!
Tak tau nak buat apa dah. Gi clinic. Doctor cakap telinga aku dah ada infection dah sbb aku gi jolok dgn cotton bud n menyebabkan berdarah. Moral of the story: Kalau telinga tgh problem, dakyoh ah panda2 gi sumbat itu ini ke dlm telinga tu. Gi je jumpa doctor terus!
Bakpe lah aku gi cerita bende2 yekk mcm ni kat blog. Oh ya, sbb aku suka mengadu.
Abis kat semua orang aku ngadu psl sakit telinga ni. Semalam call ayah aku, ngadu. Pastu Kak Mimi datang ke rumah pon aku ngadu. Tadi call mama, ngadu. Lepas call mama, call plak mak mertua, ngadu. Dgn laki aku, setiap setengah jam aku ngadu. Mengada sungguh. Skrg ngadu kat blog plak. Mcm budak tak cukup perhatian. Wahahha. K, adios!
Back to Top