19 Jun 2008

The new Areej is born


Last weekend merupakan weekend yang amat membanggakan for me. Kenapa, anda tanya? Meh, sini aku nak cerita...for the first time in my life, aku naik 4 jenis roller coaster in one day. Wahhh...terrornye.
Tapi aku tak describe lagi muka aku masa naik roller coaster tu. Tak kisah la, korang tgk lah sendiri gambar2 dibawah.

The name of this place: Chessington World of Adventures. Aku dah la tak leh tido malam sebelum tu, kol 7 pagi tido kol 8 pagi dah bangun. Terpaksa la wei, tiket dah beli, mahal pulak tu, aku bukannya orang kaya nak burn2 tiket mcm tak reti nilai duit. Well, the four of us, aku, hubby, Shah n Wawa...gedek2 gi Chessington tuh, jauh gak weih, nak dekat 2 jam. Mujo dah gobble2 nasi goreng klu tak sure mabuk aku naik bas.

Best Chessington tuh, mcm gabungan 3 bende: amusement park ada, aquaria ada, zoo pon ada. Tak sempat beb nak tgk semua...plus aku ni asyik nak naik roller coaster je, malas layan rides2 lain yang tak mencabar. wahaha. Sekarang boleh la cakap...padahal nak nangis aku naik roller coaster.

We had a wonderful time. Pukul 5 rides dah ditutup. Kitorang pon dah low battery. Tapi sempat tengok sealions bergaduh. Diorang cam bebas je kat kolam tuh takde orang jaga pon. Sekali diorang berebut benda yg macam jeti tuh, duk tolak2 eachother sampai jatuh dalam air then bangkit lagi then kena tolak lagi, tak serik2. So cute.

Dah lewat, kami pulang ke rumah masing. Malam itu aku tidur dengan tidak nyenyaknya kerana terkenangkan keberanianku pada siang hari nya. Hari itu merupakan titik permulaan lahirnya Areej yang baru. Areej yang berani menempuh the ups and downs of liku-liku onak duri kehidupan roller coasters. Areej the hero. (hero??!! whatever)






3 comments :

hanees sabri said...

Youre lucky.At least you get to ride a roller coester.I've never been on a roller coester before...

cheryna zamrinor said...

best nye...:D

Areej Torla said...

sweety...lucky??? i hate roller coasters. my hubby forced me to ride on it. but it did feel great afterwards.
ask ur Fufa to take u to Genting or Sunway...and be sure to ride the roller coaster okay, and tell me whether u like it :D

Back to Top