Bila tengok gambar yg tersebar di Facebook tu baru aku faham. Memang nampak sangat melekap (ke melekat?) pada badan. And jawapan ustaz yg cuba settle isu tu pon I think is legit, I mean considering the picture yg tersebar tu memang melekap sangat. Kata ustaz tu, tak sah sembahyang kalau pakai telekung lycra.
As an owner of butik telekung (dan juga bekas Shariah student -just to give me some credit 😚) my answer is as follows:
Sepanjang saya dalam telekung business ini, banyak jenis kain yg saya dah tengok termasuk kain lycra. Kain lycra ni pula ada banyak jenis: ada yang berat, ada kurang berat, ada mahal ada murah etc. macam kain2 jenis lain juga, banyak gred dan banyak jenis.
Kain lycra yang relatively murah akan rasa sedikit nipis (tapi tak jarang tau) dan agak berat. Oleh sebab dia nipis dan berat, maka ianya mudah melekap pada badan. Yang jenis macam ni, kalau nak kenal, dia macam ada garis2 urat benang dia tu.
Nak explain pon tak reti. Takpe, nanti kita cuba cari, ambil gambar dan post kat sini ye.
Kalau yg jenis mahal, bila dipegang rasa lebih tebal dan tidak terlalu berat. Yang ni inshaAllah tak melekap dibadan. Statusnya sama seperti kain2 jenis kain.
Biasanya kain yang jenis campuran lycra (lycra yg dicampur dengan jenis kain lain) tak melekap sebab dia akan jadi lebih ringan.
InshaAllah setakat ini semua telekung lycra daripada Era Alem semuanya dari kualiti kain lycra yang highest quality. Saya tahu sebab saya sendiri yg pilih tau! Hihi.
So I hope I have helped in some way or other dengan this explanation.
Moga ibadah kita diterima ameen.

No comments :
Post a Comment