28 Jun 2008

Tokey frame?

Aku rasa aku dah boleh jadi tokey frame lah. Tadi gi carboot. Dah lama gile tak gi carboot, sokmo bangun lambat, tapi kali ni kitorg berazam tak nak sia2kan our weekend. Kali ni je lah. So off we went to Denham carboot. Suka nya beli frame...murah, taste aku plak tu. Style shabby chic gitu. I likey :)



Ada orang pernah tanya aku, kenapa mat salleh suka jual barang kat carboot dengan harga murah2 je ? Baik bagi je kat sape2, sedara mara ke kawan2 ke. Aku pun tertanya2.

Aku pikir2 balik. Aku rasa jawapan nya mcm ni kot:

Org melayu rumah besar2 banyak tempat leh simpan barang. So diorang simpan je lah sampai bertahun berkurun lamanya, buat harta pusaka utk anak cucu. Nak buang/bagi orang sayang la pulak. Bende boleh pakai lagi. Takde nye istilah 'hoarder' dalam bahasa melayu.
Rumah omputih kebanyakannya kecik2. Kalau rumah tak kecik pun, sekali sekala nak tukar tema/design rumah, barang2 yang tak 'masuk' dengan tema baru kena lah bye-bye. Kalau simpan lama2 just because 'boleh pakai lagi' takut kena penyakit 'hoarding' pulak.
Mat saleh ni memang adat diorang suka bagi present. Birthday je present, Christmas je present. Tak kisah la utk kawan ke sedara mara ke. So mereka akan bagi barang2 yg baru sahaja (new with tags). Barang2 terpakai tak boleh bagi. Lagipun diorang ni macam takde sedara mara je.
Diorang ada jgk menderma kpd charity tp tak bagi barang, diorang ebih suka bagi duit. So mungkin diorang akan donate barang terpakai kepada charity shop yg akan menjual barang tu utk kutip duit for charity.
Orang melayu takde sangat kot adat2 bagi hadiah ni. And kalau barang boleh pakai lagi diorang boleh je bagi kat sedara mara. Kalau nak derma pun okay je derma barang2 terpakai ni. Ntahlah aku agak je.

Jadi aku rasa ianya adalah perbezaan budaya.

Aku sendiri pernah jual barang2 aku sebelum aku datang ke UK ni. Banyak sgt barang, tak muat dlm store. Seronok, macam2 aku jual. Handbag aku yg melambak2 n tudung2 aku jual seringgit dua ringgit je. Jewelry pulak aku jual harga sen2 je. Laku tau best sangat. Personally, aku lebih suka jual murah2 drp bagi kat orang. Bila kita bagi je, orang tak appreciate, and sometimes org ambil just because its free. Last2 diorang tak pakai pon. Tapi kalau jual murah2 camni, orang2 yg betul2 nak barang tu je yg akan keluarkan duit utk membeli nya, walaupun dgn harga sen2. Ye la, tak untung pun kalau setakat seringgit dua ringgit, tapi rasa puas hati sebab org yg beli tu memang nak kan barang tu. Tak tau lah, mungkin ada jugak orang yg mengata aku, tapi tak kisah lah. I just hope lain kali kita tak perlulah kata "kenapa ek, daripada jual murah2 camni baik bagi je kat sesiapa".

2 comments :

cheryna zamrinor said...

dowang nieh...name jek ade istilah tuh areej...bile berhutang, bukan reti pon nak jual brg dpt duit kan...berkerat rotan taknak jual ape2 langsung...pelik betul...

waa...byknye brg areej jual ek..
lenkali leh jual kat sha plak:P

Areej Torla said...

hehehe...manusia kat mana2 pon mcm tu lah jugak, bab bayar hutang berat sikit nak kuarkan duit

Back to Top