2 Jul 2008

KKB or not?

Aku tau ramai yg tak tau nak bezakan kulit babi ni, aku pulak dah pro sbb selalu kena, sekali pandang je dah tau hahaha perasan...so kepada kawan2 muslim ku sekalian, aku nak bagi tip sikit macamana nak mengesan kasutkulitbabi, moga2 anda tak frust macam saya.

Bahagian dalam kasut
Kulit babi biasanya digunakan untuk bahagian dalam kasut. kerana ianya lembut dan tahan lama. aku tau lah bende tu lembut sbb aku dah pernah pakai KKB ni. lepas tau je KKB, kene gi samak tengah2 malam buta pada musim sejuk di UK ini...saje je...kesian kan?

Bahagian dalam kasut: paling common diletakkan di heel cup. kadang2 kat lining. and ada jugak kat insole.


Biasanya kalau tengok je bahagian2 ni dibuat drp kulit, boleh dikatakan 90% possibility its kulit babi. kulit binatang lain tak selembut n semurah kulit babi so jarang diletakkan dibahagian dalam kasut.

Kalau bahagian luar kasut, biasanya bukan kulit babi. Tapi baik check dulu kan just to be on the safe side?

Made in China
Kasut2 yg made in china ni biasanya 90% possibility ada kulit babi. sbb org dia suka makan daging babi kot, pastu kulit tu takkan nk buang, baik buat kasut kan? samalah juga dgn negara2 lain yg byk menternak babi seperti thailand? malaysia pun byk babi jugak kan, tp mungkin sbb government control coz ramai muslims so okay skit kot. yg aku perasan kalau yg made in negara2 eropah, mcm spain ke, italy ke, takde la pulak KKB ni.

Rupanya (bintik-bintik)
kulit babi ni, kalau dilihat dgn mata kasar nampak bintik2 dia. bintik2 tu ialah hair follicles (liang roma kalau x silap). bintik2 ni ada yg nampak mcm 3 bintik duk dekat2. tapi ada juga yg bintik nya satu2 je (tidak bertiga). bintik2 ni ada yg dekat2 ada juga yg jauh2 depending on saiz babi itu sendiri, babi kecik babi besar.
Biasanya KKB di bahagian insole akan kelihatan seperti gambar ini. Tak berkedut sangat n bintik2 nya amat ketara.

Kalau kulit binatang lain, seperti lembu, hair follicles nya sukar untuk dilihat dgn mata kasar.

Kulit babi kat lining pulak, nampak lembut dan berkedut2 seperti gambar di bawah:
(click utk gambar lebih jelas)


Kalau nampak rupa kulit mcm ni tak yah cari bintik2 dah, memang sah its KKB! Tapi klu nak cari jugak bintik2 dia, memang ada. Kat bawah ni is gambar di atas yang telah di zoom in.
(click utk gambar lebih jelas. yg bulat2 merah tu aku yg lukis takut tak nampak bintik.)


Lihat perbezaan kulit babi yg kat atas tadi, dengan heel cup di bawah yg dibuat dari pada bahan buatan manusia (bukan KKB!):
(click utk gambar lebih jelas)


Nampak kan...yg buatan manusia ni mcm ala2 baldu sikit tp keras n tak berkedut, tak lembut mcm kulit babi.

Harap posting kali ini boleh memberi panduan kpd kawan2 mengenalpasti KKB.
Selamat shopping kasut!!! :)

Oh ya, lupa nak bagitau, sekarang ni bukan kasut shj yg dibuat dr kulit babi. Macam2 dah aku jumpa kat UK ni yg dibuat dr kulit babi: handbag, jacket, tali pinggang. Rupa dia lebih kurang je macam KKB. Nampak lah bintik2 dia tu.

*Panduan ini hanyalah daripada pengalaman penulis, sekadar ingin berkongsi sahaja. Kalau ada fakta yg kurang tepat, minta maaf banyak2 ye, I'm not a KKB expert. :)

6 comments :

amicus curiae said...

bagus info ni =) thanks. Ada gak skali tu saya gi jogja..mmg bersepah la KKb ni walaupun kat sana majoriti muslim..Tu pun ada kawan yg pesan, tangan tu ngjn mrayap2 kat kasut2 sbb most of it mmg kkb..so baik jgn pegang2 meddle2.haha.mmg kena careful aa.thanks again.

hanees sabri said...

Good advice !

cheryna zamrinor said...

bagus:D

areej slalu pakai heels gi mane?
hebat tul jalan kaki pakai heels:D

Areej Torla said...

but i disgree: aha, zaman skrg byk sggh KKB ni x kira dimana. diorang br tau tentang kelembutan n kemurahan KKB kotsbb tu makin byk dijual. hehe. klu dulu g kedai kasut mesti nk sarung kasut tu kasut ni...tp skrg x berani dah :(

sweety: thanks! becareful when u buy shoes.

sha: dlu kt mesia slalu pakai heels. g jalan, masa kt kampus, g kerja of coz lah. smpi klu x pakai heels rasa mcm kekok sgt. tp skrg takde dah, sejak duk kt UK ni kene byk b'jalan so pakai yg comfy2 je lah. taktau la knape areej beli heels kkb tuh. nak simpan buat koleksi kot :)

cheryna zamrinor said...

oo...yeke...celet sket...taste lebih kuwang same:D

Areej Torla said...

yeye celet! :p leh tukar2 opinions pasal kasut nnti! :)

Back to Top